Thursday, December 30, 2010

Bermula Sebuah Episod Kehidupan






3 Disember 2010 - Dengan sekali lafaz, terang dan nyata, sahlah aku menjadi suami kepada Suritini binti Md arif. Tidak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akhirnya akan berkahwin dengan isteriku yang tercinta. seumpama mimpi yang tidak akan ada kesudahannya. namun, dengan takdir dan ketentuan dariNya, bermula lah lagi sebuah episod kehidupan aku sebagai seorang suami. Penuh dengan tanggungjawab dan disulami dengan kasih sayang.
Kini hidupku kian lengkap dengan hadirnya insan yang akan menemaniku saban hari, saban waktu. biar bnyk rintangan yang terpaksa kami hadapi, Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa, akhirnya kami bersatu, bersatu atas dasar kasih, atas dasar sayang dan atas ketentuan dariNya.
harapan agar jodoh kami hingga ke akhir hayat.

1 comment:

  1. aminnnnnn...dgn izinNya impian jd kenyataan..moga kasih syg antara kta akn trus utuh..sama2 la kta trus "membajanya" agar ia terus mekar hgga hjg nyawa... :)

    ReplyDelete