Friday, December 31, 2010

Me in Purple









12 Disember 2010 - tak sabar aku nak balik kampung lepas selesai majlis perkahwinan aku di Bangi. Malam tahun baru hijrah aku balik ke kampung bersama adik dan isteri tercinta. aku menjangkakan majlis di kampung tidak semeriah di bangi, hanya sekadar jamuan makan bersama family dan sedara2 sume, rupa2nya persiapan yang mak aku buat, melebihi dari jangkaan aku dan isteri.
Mak ucu beria2 menyiapkan bilik tidur pengantin dan meja makan berdamai di rumah aku. ku sangkakan seksaan memakai pakaian pengantin sudah berakhir, rupanya tidak lagi. tema purple jadi pilihan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sedondon memakai baju perple dan kami suami isteri memakai set lengkap sepersalinan kaler purple jugak. terkejut mak ngan bapak mertua aku bila lihat majlis yang ada di kampung.
Cuaca terang dan sangat elok. matahari memancar terik membuatkan aku berpeluh sakan...
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar.
mcm nak patah pinggang aku menyental periuk selepas majlis. nasib baik ada bantuan dari adik2 aku.

Thursday, December 30, 2010

me in pink






4 Disember 2010 - Kata orang, lelaki tak elok pakai pink. Tapi aku tak kisah, sebab ini hasrat isteri tercinta untuk bersanding dalam tema merah jambu. mula-mula mmg rasa mcm janggal sbb semuanya kaler pink, tapi bila dah pakai, ok pulak. walaupun kulit aku ni tak berapa nak cerah, tapi aku tak kisah. dengan tema pink, aku bersanding walaupun mak andam lambat sampai, nasib baik angah ada untuk siapkan aku sekitar jam 1 petang.
cuaca agak suram dan mendung, namun bahang tetap terasa.
semasa nak berarak masuk ke rumah isteri, gerimis mengundang....
peluh mencurah2 akibat dari kepanasan cuaca. tambahan aku mmg tak tahan panas. sambil makan, sambil lap peluh. kawan2 ramai datang berkunjung dan memeriahkan suasana.
terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke majlis kami.
kisah kehidupan ku berjalan mengikut rentak langkah kami. dulu hidup sorg2, sekarang dah berdua.... moga bahtera perkahwinan yang kami bina kekal hingga hujung nyawa.

Bermula Sebuah Episod Kehidupan






3 Disember 2010 - Dengan sekali lafaz, terang dan nyata, sahlah aku menjadi suami kepada Suritini binti Md arif. Tidak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akhirnya akan berkahwin dengan isteriku yang tercinta. seumpama mimpi yang tidak akan ada kesudahannya. namun, dengan takdir dan ketentuan dariNya, bermula lah lagi sebuah episod kehidupan aku sebagai seorang suami. Penuh dengan tanggungjawab dan disulami dengan kasih sayang.
Kini hidupku kian lengkap dengan hadirnya insan yang akan menemaniku saban hari, saban waktu. biar bnyk rintangan yang terpaksa kami hadapi, Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa, akhirnya kami bersatu, bersatu atas dasar kasih, atas dasar sayang dan atas ketentuan dariNya.
harapan agar jodoh kami hingga ke akhir hayat.